Monday, July 11, 2011
The Legend International Water Chalets
Semasa di PD saya menginap disni bersama keluarga. Hotel ni kira antara yang terbaik di PD kot??..ntahlah?. Suasana di hotel amat menenangkan fikiran. Walaupun dengan adanya harmonics yang agak kecoh dan juga excited tapi semuanya tak menjadi masalah. Paling penting saya dan keluarga dapat menikmati udara laut yang segar. Keadaan bilik memang terbaik. Semuanya lengkap. Cuma bilik yang saya dapat tu agak jauh kebelakang tapi teletak di atas laut. Kalau nak keluar kena request 'buggy' sebagai transport untuk ke lobi atau untuk keluar. Cuma nak komen sikit tentang makanan di hotel ni. Makanan di hotel ni memang tak sedap. Tak tau lah kenapa. Tak kira makanan masa breakfast ataupun masa makan malam. Rasanya yang sedap cuma buah-buahan, cornflakes dan roti je yang sedap. Lain-lain tu memang takde rasa langsung. Makan kat kedai mamak pun lagi sedap. Percayalah!!. Jadi itu je lah yang rasanya tak berbaloi untuk harga yang di bayar. So kepada sesapa yang nak menginap disini di persilakn cuma kalau boleh bawak bekalan makanan yang secukupnya ataupun makan di luar je. Yang penting bawak stok megi banyak2 hehehe...
p/s - to MR. EDI ALFAN..nice to meet u again..tak sangka boleh jumpa kat sini..
Friday, July 8, 2011
KOTA LUKUT & PORT DICKSON
HH Raja Bot bin Jumaat, regent of Selangor and Raja Lukut(1910).courtesy of Arkib Negara. (This is my great great grandfather yeah!!!)
Hari ni siap sedia untuk pergi bercuti bersama keluarga. Destinasi tak jauh pun, Port Dickson je. Walaupun perjalanan tu tak la jauh mana akan tetapi preperation punyalah banyak. Tak pasti mengapa..Ok trip kali akan menggunakan laluan Elite ke KLIA pastu ikut jalan kampung terus ke Lukut. Setibanya di Lukut singgah jap di Kota & Muzium Lukut. Memang dari dulu ada keinginan nak pergi ke Muzium ni..nak buat kaji selidik tentang asal-usul empunya diri ini. Nak cerita panjang-panjang pun nanti orang malas nak baca hehehe..jadi tengok je gambar-gambar yang diambil semasa di kawasan muzium Lukut tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)