Saturday, June 25, 2011

Kini ku kembali beraksi..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!. Setelah sekian lama menyepi dalam dunia radio amatur di atas urusan kerja dan juga urusan-urusan yang lain, kini aku kembali aktif. AA yang lama tak renew pun dah renew semalam. Antenna pun dah naik semula, agak tinggi sedikit. Buat keje sorang2 beb. Panjat bumbung pun sorang2 jer. Nasib semuanya ok. Alhamdulillah!. Equipment sekarang ni cuma tinggal antenna, cable dan power supply. Dalam masa terdekat ni nak dapatkan semula segala equipment yang di perlukan untuk memancar ke udara. Apa cerita dalam dunia radio amatur ni pun dah lama tak ambil port. Kepada rakan-rakan sekelian nanti kehadiranku di udara hehehe..

Note - Maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Camera hp kurang megapixel heheh