Monday, September 24, 2012

AKHIRNYA DAPAT TX DI 10M

Hello fellow hams. Lama dah tak update blog ni. Busy dengan macam-macam hal.Bulan puasa yang lepas sibuk dengan berniaga. Time raya sibuk dengan pergi beraya. So sekarang ni dah lepas raya baru ada masa nak mengadap blog ni hoho. Nak cerita ni, antenna tuner dah sampai minggu lepas. Baru je selesai buat connection pastu tuning sana sini. Dah la tak reti guna tuner ni. Oh! lupa nak bagitau, tuner yang di beli adalah MFJ VERSA TUNER II - MODEL MFJ-941C. Ala tuner secondhand je, tahun bila punya pun ntah hihi. Bila dah siap pasang cable semua baru la nak terkial-kial buat tuning, padahal tak reti pun. Mula lah call sana, call sini, akhirnya dapat call 9W2VVH (CIKGU HUSSAIRY). Sembang-sembang sikit dan dapatlah ilmu cara-cara nak buat tuning. Agak teruja bila dapat tune dengan baik antenna tu. SWR pun tak naik sangat. Malamnya try la nak TX di 10m buat kali pertama. Agak goyang jugak walaupun biasa QSO di 2m. Dia punya feel memang beza la. Setelah pusing sana pusing sini akhirnya dengar audio dari YB0NFL (PAK ARIEF) QTH - JAKARTA sedang CQ DX. Apa lagi try je lah , Alhamdulillah dapat QSO dengan PAK ARIEF. RST 59 dari Jakarta. Itulah first contact yang dapat setelah sekian lama monitor 10m band. Lagi-lagi teruja hehe. Selepas dari tu rasanya dah ok. Takde rasa goyang lagi. Cuma kadang-kadang geram tak dapat contact dengan station lain walaupun audio diorang very strong. Lagi satu nak cerita, semalam dapat first local contact hehe. Dengan 9W2NMX (ZAMRI), walaupun dekat kalau pakai handy pun lepas tapi feel dia tetap berbeza. Abg Zamri ada record video pulak. Malu i hihi. Anyway bolehlah tengok video tu kalau nak.